Showing posts with label pedoman. Show all posts
Showing posts with label pedoman. Show all posts

Saturday, November 15, 2008

Wudhu' Zahir & Batin...


WUDHUK ZAHIR DAN BATIN

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya,
Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?' Hatim berkata, 'Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.' Isam bertanya, 'Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu?' Hatim berkata, 'Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air'.

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.'

Seterusnya Hatim berkata, 'Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan':

1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku dan...
5.Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.

Beginilah aku bersolat selama 30 tahun. Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Untuk munafaat kita bersama, Tolonglah sampaikan pesanan ini kepada rakan²... Sabda Nabi, 'Ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan', InsyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Salam Ukhwah...

Saturday, November 1, 2008

9 Siti

Antara 9 Siti yang patut dicontohi:

1) Siti Khadijah- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
2) Siti Fatimah- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti A'ishah- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah SubhanAllah Wa Taala utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti'ah- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9) Siti Zubaidah- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah SubhanAllah Wa Taala.

p/s:9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah. sumber dari penulis blog...

Terasa Bosan dengan Kerja Harian?

Have you guys ever feel bored doing your daily work? How about them.... ??
For job seekers, maybe this is your chance...

Banyaknya wayar... mun takaran... aduhh.. salamat kau lai...

Ane kira emergency lah ne, inda g tecari jamban... bayar saja 20sen, air nada, tissue saja, tambah 5 sen... apa macam? sanggup?


Adoh, membagi nyaman kuda nih peliatan ku.. *haha*


musim banjir melanda brunei dan kawasan sekitarnya, rasa²nya sanggup kah berjalan didalam aing yang ada najis kecil dan besar?



ani lagi hebat!! hahahaha.... inda ku mau ehhh!!! aku sayang kraja ku masa aniiiiii... Syukurrr!!


JADI, apakah cerita disebalik gambar² ani?
Senang saja, kita patut besyukur atas apa yang kita ada, termasuklah pekerjaan kitani...
p/s: timbul keinsafan tarus... aku besyukur dengan kerjaya ku masa ani, hehehe khas untuk yang terasa kureng semangat kan bekaraja... almaklum lately ani, aku sendiri pun hilang semangat kan karaja... sumber gambar dari email, just for sharing.