Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya Haji / Aidiladha

Esuk secara rasminya di Brunei Darussalam akan menyambut HARI RAYA HAJI atau HARI RAYA AIDILADHA... kedengaran seruan takbir di masjid... menambahkan lagi kemeriahan hari raya haji tahun ini... tapi tahukah kita apa makna sebenar hari raya haji? apa makna pengorbanan sebenar?
Luangkanlah sedikit masa biskita untuk membaca kerana insyaAllah dengan betambahnya ilmu maka bertambahlah pahala kita. AMIN...
Salah satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Melaksanakan korban (yang dalam istilah fiqhnya disebut udhiyah) adalah menyembelih haiwan ternak pada Hari Raya Aidiladha dan hari tasyrik dengan niat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.


Inilah peristiwa besar yang melambangkan sejarah agama tauhid, pengorbanan yang ikhlas kerana Allah dan usaha terus menerus untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w.


Kita amat gembira melihat banyaknya kaum Muslim yang menyambut panggilan mulia ini, mengorbankan sebahagian harta atau haiwan ternak demi mengharapkan keredaan Allah s.w.t. Kita tanamkan niat murni dan ikhlas ini kerana Allah s.w.t dan usah sekali-kali ia dilakukan untuk lebih dihormati oleh masyarakat. Lebih daripada itu, berkorban itu biarlah benar-benar selaras dengan tuntutan Rasulullah s.a.w.


Dalam satu riwayat daripada Aisyah, disebutkan bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tidaklah keturunan Adam melakukan suatu perbuatan pada hari nahr yang lebih dicintai Allah selain mengalirkan darah (menyembelih haiwan korban). Haiwan sembelihan itu akan datang pada hari Kiamat membawa tanduknya, kukunya, dan bulunya. Sesungguhnya darah haiwan sembelihan itu sampai kepada Allah lebih dahulu daripada sampai ke tanah. Maka sucikanlah diri kamu dengannya.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tarmizi).


Al-Allamah Al-Manawi berkata, maksud hadis tersebut adalah bahawa ibadah yang paling utama pada hari itu adalah mengalirkan darah (menyembelih haiwan korban), dan bahawa pada hari Kiamat kelak korban itu akan datang sebagaimana adanya ia di dunia, tidak berkurang sedikit pun. Dan orang yang melakukan korban itu akan diberi pahala dari setiap anggota tubuh haiwan korbannya itu.


Baginda Rasulullah s.a.w sendiri dalam sebuah hadis telah mengungkapkan, orang-orang yang tidak melaksanakan ibadah korban sedangkan dia berada dalam keadaan mampu, maka jangan dekat kepada kami yang melaksanakan ibadah ini. Hakikatnya kita sebagai manusia sering bergelumang dalam dosa dan memiliki jarak dengan Allah.


Manusia berkewajipan mendekatkan diri kepada-Nya. Maka, salah satu caranya adalah dengan berkorban. Oleh yang demikian itu, maka sewajarnya kita menginsafi kembali akan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: ”Barang siapa yang mempunyai keluasan rezeki, lalu tidak berkorban, maka janganlah mendekati tempat solat kami.” (Riwayat Ibnu Majah)


Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:
‘‘Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?” tanya sahabat.
‘‘Itulah sunnah daripada datukmu Ibrahim,” jawab Rasulullah.
“Apakah keuntungan korban itu untuk kita?” tanya sahabat itu lagi.
‘‘Setiap helai bulu haiwan korban itu merupakan satu kebaikan (hasanah),” jawab Rasulullah.


Seandainya ada sesuatu yang lebih utama daripada penyembelihan haiwan korban yang menjadi penebusan manusia di atas segala nikmat, tentunya Allah tidak akan menyebutkan penyembelihan haiwan korban itu menerusi firman-Nya yang bermaksud: ”Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar, sebagai tebusan ke atas Ismail a.s.” (As-Shaffat: 107)


Berdasarkan keterangan hadis dan firman Allah yang diungkapkan dalam al-Quran, bahawa amalan korban berasal daripada Nabi Ibrahim a.s yang kemudiannya diwarisi oleh baginda sebagai satu ibadah dalam syariat Islam yang sangat dianjurkan untuk dilaksanakan.


Ibadah korban ini berasal dari zaman Nabi Ibrahim. Tatkala Nabi Ibrahim bersama puteranya, Ismail, selesai membina Kaabah di Mekah di atas arahan Allah sebagai pusat kegiatan bagi menegakkan dasar-dasar tauhid, Allah s.w.t menguji kekukuhan iman kedua-dua nabi ini. Pengorbanan itu adalah pengorbanan yang paling tinggi dalam hidup, iaitu pengorbanan jiwa dan raga.


Menurut Imam Syafie, hukum korban adalah sunat muakkad yang amat dituntut kepada mereka yang mampu termasuk para hujjaj (jemaah haji) yang berada di Mina dan terutama umat Islam yang berada di kampung halamannya sendiri, kerana ia adalah amalan yang amat dikasihi Allah pada hari nahr (Hari Raya). Namun begitu, terdapat sebahagian ulama yang menyatakan ia adalah wajib kepada mereka yang mampu berdasarkan firman Allah yang bermaksud: ”Maka dirikanlah solat kepada Allah (Tuhanmu) dan berkorbanlah.” (Al-Kauthar: 2)


Di dalam al-Quran disebut tentang pengorbanan dua orang anak Nabi Adam. Anak pertama memberi korban dengan tulus ikhlas atas dasar niat demi mematuhi perintah Allah s.w.t. dan mendekatkan diri kepada-Nya. Manakala anak yang kedua juga berkorban tetapi tidak berdasarkan ketulusan hati dan usaha sungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada Allah. Oleh hal yang demikian itu, korban anak yang pertama diterima di sisi Allah s.w.t, manakala anak kedua tidak diterima oleh Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) daripada yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): “Sesungguhnya aku akan membunuhmu.” (Habil) menjawab: “Hanyalah Allah menerima (korban) daripada orang-orang yang bertakwa.” (Al-Maidah: 27)


Amalan ibadah korban ini kemudiannya diteruskan oleh Nabi Ibrahim a.s sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengan-Nya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku. Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkan apa pendapatmu? Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintah kepadamu; insya-Allah, ayah akan mendapati daku daripada orang-orang yang sabar.” (Al-Shaffat: 102)


Mengapa Allah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s menyembelih Ismail kemudian membatalkannya dan menebusnya dengan seekor kibasy? Ini bukan hanya ujian untuk kedua-duanya, bukan juga hanya untuk membuktikan ketabahan keluarga Ibrahim tetapi juga untuk menjelaskan kepada siapa sahaja bahawa tiada sesuatu yang mahal atau amat bernilai untuk dikorbankan apabila telah tiba panggilan atau seruan Ilahi. Inilah bukti iman sejati. Akan tetapi harus diingat bahawa pembatalan tersebut bukan kerana manusia terlalu mahal untuk berkorban atau dikorbankan kerana Allah, tetapi ia dibatalkan demi kasih sayang Allah s.a.w kepada manusia.


Amalan berkorban dalah sebahagian usaha mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah s.w.t dan mendekatkan hubungan antara manusia dengan Allah ini dikenali sebagai amaliah yang bersifat vertikal. Manakala amaliah yang bersifat horizontal pula, ibadah penyembelihan korban meningkatkan hubungan antara manusia dengan manusia melalui pembahagian daging-daging korban terutama kepada golongan fakir dan miskin. Ini sebagai petunjuk bahawa takwa yang bersifat personal dan vertikal (hubungan hamba dengan Tuhannya) sering tidak terpisah dengan hubungan hamba itu dan persekitarannya. Justeru, amal sosial seperti korban harus didasarkan kepada Allah. Melalui ibadah korban inilah terselit maknawi yang mendalam bahawa manusia memerlukan pengorbanan dalam menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.


Ibadah korban adalah memanifestasikan rasa syukur dan puncak takwa. Ia sebagai tanda kembalinya manusia kepada Allah s.w.t setelah menghadapi ujian sehingga ada yang terpedaya dengan pujukan syaitan-syaitan - menjauhkan diri daripada Allah serta mengingkari larangan-Nya. Korban disyariatkan bagi mengingatkan manusia bahawa jalan menuju kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Akan tetapi, yang dikorban bukan manusia, bukan pula nilai-nilai kemanusiaan tetapi haiwan sebagai petanda bahawa pengorbanan harus ditunaikan dan bahawa yang dikorbankan adalah sifat-sifat kebinatangan dalam diri manusia saperti sifat rakus, tamak, ego, mengabaikan norma, nilai dan sebagainya. Secara hurufiahnya, kesempurnaan ibadah korban ini bermaksud membunuh segala sifat kebinatangan yang terdapat dalam diri manusia.


Berpandukan daripada kisah Habil dan Qabil tentang korban yang diterima oleh Allah, jelas menunjukkan bahawa keikhlasan itu adalah satu sifat yang paling utama dalam ibadah. Amalan berkorban harus menggunakan haiwan yang baik (sihat) dan berkualiti, tidak cacat, cukup umur serta banyak dagingnya. Meskipun hal-hal berkaitan ‘darah’ atau daging itu tidak sampai kepada Allah, tetapi yang lebih penting adalah ketakwaan kepada Allah. Korban itu tidak memberi makna sama sekali untuk Allah kerana Dia adalah Allah Yang Maha Agung, yang tidak memerlukan daripada apa-apa pun.

Dengan korban tersebut diharapkan agar ketakwaan kita kepada Allah semakin meningkat dan bahawa kita adalah hamba-Nya yang sentiasa memerlukan bimbingan dan petunjuk-Nya. Oleh hal yang demikian itu, kunci kepada semua amalan baik sama ada amalan sosial mahupun yang bersifat individual ialah takwa. Dalam hal ini Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: ”Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa daripada kamu.” (Al-Hajj: 37)

Apabila melakukan korban haiwan ternak sebagai ritual keagamaan dilakukan pada hari-hari tertentu pada bulan korban / haji, maka segala bentuk pengorbanan yang dilakukan oleh umat Islam pada hari-hari yang lain juga dapat disebut pengorbanan apabila disertai oleh ketakwaan kepada Allah s.w.t. Sikap itulah yang akan membezakan daripada pengorbanan lain yang dilakukan demi kekasih, demi keluarga dan bangsa yang belum tentu diredai oleh Allah.
p/s: sumber dari blog islam hadhari... untuk pengetahuan bersama...

Friday, December 5, 2008

Happy birthday to our HARMONI's Deejay...


Happy belated birthday to ka jah nui or her commercial's name, AJAH NORIDAH, her birthday was on 4th dec 2008, aint sure how old is she, but a warm wish for you, may Allah bless u and hopefully u happy with your beloved hubby...


To ka zumai, happy advance birthday...her 32th birthday is coming on this 10th dec, wish u happy kazumai with your family especially your new born baby princess... siap promo insurans taib lagi...





Tuesday, December 2, 2008

Tagged by Aleep

1. What’s the relationship of you and her/him?
- My colleague, rakan bilik sebalah, mun phm bisai.

2. Your 5 impressions towards her/him?
- cali, happy go lucky, senang didampingi(org dec la katakan), down to earth

3. The most memorable things she/he have said to you.
- seingatku time ia duty, lurus aku ani mengorder roti kawin byk bah, kali ku sadakahi tia kadia ani, katanya apa nah? 'besadakah ya' something like that la.

4. The most memorable things she/he had done for you.
- entah ah, maybe adalah sedikit ia bagi advice and cerita pengalamannya sebagai dj...

5. If she/he becomes your lover, you will:
- Rasa²nya inda, aku anggap kadia ani sebagai teman saja, cos he is a good friend though, btw aku kawin december ani, so nada harapanlah gitu haha..

6. If she/he becomes your enemy, you will:
- Kalau pun terjadi, mungkin atas sebab tertentu, tapi masyaAllah, jauhkan eh... kan sanang hidup lau tani muakafat.

7. If she/he becomes your love, she/he has to improve on:
- sebagai manusia, ada kelemahan dan kebaikan, kita lihatlah dari sudut kebaikannya, so i dont CARE~

8. If she/he becomes your enemy, the reason is:
- sal ia byk ckp kali, jelos ku...

9. The most desirable thing to do on him/her is:
- just be a good friend.

10. The overall impression of him/her is:
- orangnya low profile.

11. How do you think the people around you feel about you?
- u ask them lah.

12. The characteristic that you think you have, is?
- he got personality, serious but pandai bercanda :)

13. On the contrary, the characteristic you hate of yourself is?
- paranoid, vain, and i need anger management puhlezz...

14. The most ideal person that you want to be is?
- be myself...

15. For the people who care about you and like you, say something about them:
- thank you for accepting me for the way i am, and kapan donkk belanja nya haha~

p/s: thanks aleep for the tag.

Seorang kawan...

AMARAN KERAS: HARAP MAAF ATAS KATA² YG BISKITA AKAN BACA ANI, MEMBAHAYAKAN, KALAU INDA SANGGUP, JANGAN DIBACA.
PUISI SEORANG KAWAN

Aku ada seorang kawan,
kawan rapat ku ketika belajar dahulu,
Dulu dan sekarang ani perangainya inda berubah,
hipokrit, parasan lawa dan mcm kana puji speciesnya,
tapi sungguhpun catu,
masih jua ku mau anggap ia sebagai kawan,
masih jua ku mau mengundang ke majlis perkahwinanku,
tapi yang inda siuknya,
kadia ani mengeluarkan kata² yang inda sedap hati ku ani merasa,
inda logik otak ku bepikir,
apakan tujuannya tu?
inda pandai meliat orang sanang,
kan minta tampar kali?
sorry dang, kalau kau makan cili kau terasa padasnya kan?
kalau kau terasa apa yang ku cakap ani,
baiktah kau ubah perangai mu atu,
kau pikir kau ganya bekaraja kah?
kau pikir kau ganya tedapat usin dang?
kau pikir kau ganya tedapat tunang?
kau pikir kau atu lawakah? hakikatnya inda lawa bah,
jangan tah angan² kan minta puji,
kau pikir sanang² aku lupa apa yang kau buat arah ku dulu,
okay²... jgntah mengakun,
tau jua orang kan perangai mu yang PARASAN atu,
tau jua orang kau atu terHEGEH² dan species DESPERATE...
THANKS FOR ACTING LIKE A FRIEND,
but no thanks,
aku tak HINGIN...
Selamat tinggal 'TEMAN?' BESTFRIEND? mengakun aku bestfriend mu, you bee-otch! pissed off.