Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Hellooo people, its been a while... but finally, i make up my mind, to create a blog, well, i know it might not fancy like others, but all i want is simplicity and user-friendly.
Btw, percubaan ini sebenarnya didukung besar oleh rakan² seperjuangan seperti dj lia, dj zumai dan dj hjh siti khadijah, oleh sebab durang ani, mempunyai pengaruh sangat kuat, jadi hati ku yang keras ani pun lambut olehnya kan membuat blog, walaupun penyakit 'M' (malash) ku selalu menjiwai hatiku dan tanganku tetapi itu bukan penghalang untuk ku mengegarkan dunia blog.. hahahaha....
Selama ku mempelajari tentang computer ani, internet, and apa saja yang berkenaan dengannya, dunia blog ani sebenarnya sudah lama ku ketahui tetapi inda sefamous masa ani... bukan apa, ku liat ah karang ani, orang² brunei menggunakan blog sebagai tempat untuk mempromosi bisnes masing². Satu pencapaian yang membanggakan. Tetapi kadang², ada kesan negatif juga memblog ani, maklum sajalah, tani buleh ckp apa saja. tetapi jgn sampai kitani merosakkan tatasusila kitani sebagai orang brunei, inda bisai di baca oleh orang luar negara bila kitani memperkatakan keburukan orang di dalam blog.
Setiap penulis, mempunyai hak masing² untuk memperkatakan pendapat masing², tapi jangan lupa serapkan ketimuran kitani ketika menulis blog. Atulah pendapat ku. Dan kebanyakkan orang² yang mempunyai blog ani, (orang brunei) semua berbahasa inggeris, ada jua yang rojak atu tapi alhamdulilah difahami semuanya, tertakluk kepada kemahuan penulis sendiri, like myself, i will write whatever language i wanna write.. so please after this i hope there will no issue on my language at this blog kerana aku bukan PAKAR BAHASA. Aku bukan guru BAHASA MELAYU. Aku adalah orang brunei yang dilahirkan dengan tata susila ketimuran, mempunyai budaya dan adat melayu.
p/s: harap maaf kerana bahasa yang digunakan bercampur baur, ada bahasa indon, ada bahasa malaysia dan ada bahasa inggeris. bukannya kan buat karangan atau composition hehehe.. kan belurus grammarnya... (=
Untuk renungan bersama,
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw pernah bersabda,"Allah swt berkata yg ertinya;"Aku menurut keyakinan hamba-Ku dan Aku bersamanya tatkala (ia) mengingati-Ku. Apabila ia mengingati-Ku dengan dirinya, Aku mengingati dirinya dengan diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam keramaian, Aku akan mengingatinya dalam keramaian yang lebih baik. Apabila mendekati-Ku dengan sejengkal, Aku mendekatinya dengan sedepa. Apabila ia mendekati-Ku dengan sedepa, Aku mendekatinya dengan satu langkah. Dan apabila mendatangi-Ku dengan berjalan, Aku akan mendekatinya dengan berlari."
(Riwayat Bukhari)