Saturday, November 15, 2008

Have a blasttt weekend to all...


p/s: Selamat berhari minggu... bosanku menyapa kembali...

Baladooo Udanggg Pataaai...


Balado Udang Petai

BAHAN-BAHAN:

100 gram udang besar
25 gram petai (dibelah dua)
1 helai daun limau purut
4 hiris tomato
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 ½ sudu sambal belacan
1 senduk kuah tongseng (apakan tongseng ani kian?)

CARA MEMBUATNYA:
1. Tumiskan bawang putih dan sambal belacan sehingga naik bau.
2. Letakkan udang besar bersama petai.
3. Setelah agak masak, masukkan air bersama daun limau.
4. Masukkan tomato dan biarkan seketika.
p/s: Selepas dibiarkan seketika... dibiarkan lagi, kalau ada macam bau angus atau bahasa standardnya bau terbakar... baru tah buleh dimakan... hahahah...

Tuk kawan²...

Rindu ku eyh kan kelab harmoni lagi, meriah gitu, di saat² apa nah?

Di saat kitani....

*mengetawakan orang,
*makan makanan yang dibawa oleh ahli² kelab,
*makan ambuyat sama²...

hahaha~ i mishhh you all...

Pantun yang ku suka...

Apa guna be badak tabal,
kalau hati bekurap kucing,
Apa guna sibuk hal orang,
Hal diri buat² juling.

p/s: haha. suka banget aku dengan pantun ani, thanks to lai mumum, pandai bepantun e, to ka zumai, if ka lia windu kita duty pantun, aku pon rinduu, hehehe, especially ada dailog filem² lama, sesuai gitu kita sama c is a~

Wudhu' Zahir & Batin...


WUDHUK ZAHIR DAN BATIN

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya,
Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?' Hatim berkata, 'Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.' Isam bertanya, 'Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu?' Hatim berkata, 'Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air'.

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.'

Seterusnya Hatim berkata, 'Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan':

1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku dan...
5.Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.

Beginilah aku bersolat selama 30 tahun. Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Untuk munafaat kita bersama, Tolonglah sampaikan pesanan ini kepada rakan²... Sabda Nabi, 'Ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan', InsyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Salam Ukhwah...